Tuesday, January 15, 2013

Khasiat Lidah Buaya aka Aloe Vera

Today zila nak share tentang kelebihan dan khasiat diperolehi daripada daun lidah buaya..
Di dalam lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperoleh.

Jom baca :-


Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.

Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.

Menyamankan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.

Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air.

Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar.

Tips Kecantikan
Untuk memastikan rambut nampak berkilau dan tidak mudah rapuh, sapukan daun lidah buaya (aloe vera) sebagai creambath secara rutin sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Lendir dari lidah buaya berkhasiat untuk mengurangi pengeluaran minyak berlebihan pada kulit kepala serta menjaga kelembapan rambut.

Bagi yang ingin mengubati tangan yang terkena minyak panas atau luka terbakar, ambil satu batang daun lidah buaya. Lalu ambil isinya dan di tumbuk hingga halus. Kemudian, letakkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kain bersih lalu balutkan ia pada bekas luka tersebut.

Cantik Di Hati
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki perkara terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidupnya.


Saturday, January 12, 2013

TIPS MENEGANGKAN KULIT MUKA

MASKER LIDAH BUAYA.

Actually banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan kulit yang mulus dan tegang... Kulit muka yang halus mulus dan tegang semestinya idaman setiap wanita bukan? Siapa yang tidak ingin memiliki kulit cantik nan mulus tanpa sebarang cela. Oleh itu, pelbagai cara dan rawatan disediakan untuk tujuan tersebut. Selain penggunaan produk-produk kecantikan serta alatan yang serba canggih, penggunaan bahan-bahan semula jadi juga tidak diabaikan dan salah satunya menggunakan 'Daun Lidah Buaya'.

Sehingga kini, masih ramai yang mempercayai bahan semula jadi lebih baik kerana tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan negatif kepada kulit seseorang. Daun lidah buaya atau juga disebut sebagai aloe vera misalnya, mempunyai pelbagai khasiat. Selain membantu menyuburkan rambut, bahan ini juga bermanfaat untuk kecantikan. 

Zila gunakan daun lidah buaya sebab memang ada pokok nya...zila ambil dekat kampung hubby, kebetulan makcik saudaranya ada 1 pokok pasu kecil..SJom tengok macam mane zila selalu gunakan...Senang jea...


Sumber dari mr. google..

Ambil pokok lidah buaya...ambil sedikit jea seperti gambar diatas....potong kecil jea...
Ambil lendir lidah buaya, kemudian sapu di seluruh muka... Then , tunggula hingga kering....
At first, mungkin akan teras pedih sedikit bila lendir lidah buaya tue terkena ke muka.... Buat permulaan jea ok..Dun worry too much yea..Ok, selepas kering bolehla bilas muka dengan air suam..Selepas tue u allz lap la muka dengan tuala bersih... selalu yang zila buatla... Ha selepas tu u allz akan dapati kulit u allz lembut, halus dan tegang..Sehalus kulit bayii...eewahh..hehe... ;)


Amalkan selalu yea... barula nampak kesan yang ketara... paling malas pun 2 kali seminggu... 
Okla, ini semua cara zila ..kalau u allz macam mane pulak?Lain orang pasti lain caranya....kalau ada yang sudi share...sila-sila la...dialu2kan.... ;)




Wednesday, January 2, 2013

KEK COKLAT MOIST KARAMEL KUKUS

Hallo bloggers...last week zila ada buat kek coklat karamel versi kukus... selalunya buat kek coklat moist  kukus jeakan...selalu ke??kihkih....tak selalu pun...bila mood 'kerajinan' tue terlebih .so buatla kek tu... 
so aritu tetiba ternampakla resepi kek coklat karamel nie dekat resepi kat facebook...So disebabkan zila nie suka mencuba sesuatu yang baru...so kiter try jeala...Alhamdulilah percubaan kali pertama jadi gakla..
Ok, jom tengok resepi..


Bahan2 Kek Coklat

Bahan A:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat - saya letak 3/4 cawan susu 
1 cwn gula - saya letak 1/2 cwn
1 cwn minyak masak

*semua bhn di atas gaul sebati dan masak atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bahan dah sebati...

Bahan B:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

*semua bahan ni diayak

Bahan C:
4 biji telor (blender jer)- saya pukul guna tangan je sampai kembang

Cara2:
Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A...
secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
dah sebati...ketepikan...

Untuk Karamel:

Bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek tak melekat pada loyang...

Bahagian atas (karamel):

1/2 tin susu cair- saya guna 250ml susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
saya tambah 1 sudu besar tepung jagung

(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

Cara2:
Tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...Bila pengukus dah ready means dah mengelegak masukkan bahan karamel tadi..saya tutup loyang dgn aluminium foil supaya wap2nya tak masuk...kukus dalam 20 minit...selepas 20 minit @ selepas karamel dah masak bole la letak kan bahan2 kek tadi diatas karamel..Then kukus semula sehingga 1 jam or hingga masak...

Ok bila dah masak , tunggu sehingga sejuk baru dipotong .sedap sgt rasanya manis2 karamel seimbang dgn rasa moist kek coklatnya..kek nie bole gak buat versi bakar tapi disebabkan zila nie takde oven aka belum beli lagi so versi kukus la jadinya... 

Selamat mencuba... xoxo..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...